Pusat Digital Komputer KEMAS PKM Serkam telah berjaya mendapat Tempat Ke-5 dalam Pertandingan Inovasi Pusat Literasi Komputer KEMAS Peringkat Kebangsaan 2019 yang telah berlangsung pada 25 hingga 27 September 2019. Tahniah dan syabas diucapkan. Tidak dilupakan juga ucapan tahniah kepada Jabatan KEMAS Negeri Melaka kerana telah merangkul beberapa tempat dalam pertandingan bagi Anugerah Kualiti & Inovasi, Anugeah Kualiti Kemahiran Pendidikan Literasi Komputer dan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) sempena Sambutan Hari Inovasi KEMAS Tahun 2019
- PUSAT DIGITAL KOMPUTER
- PUSAT DIGITAL KOMPUTER
- AHLI JAWATANKUASA KERJA
- PERTANDINGAN PUSAT DIGITAL PERINGKAT NEGERI
PUSAT DIGITAL
PKM SERKAM,JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) NEGERI MELAKA
Selasa, 1 Oktober 2019
Khamis, 19 September 2019
Lawatan Panel Hakim Pertandingan Akhir Inovasi Peringkat Kebangsaan Pusat Digital Komputer KEMAS Tahun 2019. Lawatan telah dilakukan pada 19 September 2019, Hari Khamis pukul 2 hingga 5 petang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga kejayaan menjadi milik Pusat Digital Komputer KEMAS Melaka.
Selasa, 17 September 2019
Persiapan akhir sebelum Lawatan Panel Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan Pada 19 September 2019 (Khamis)
Kunjungan hormat Pemaju Masyarakat Pusat Digital Komputer PKM Serkam ke atasYbhg Ustaz Khumeini Bin Kamal, Penyelaras DUN Serkam pada 17 September 2019
AMANAT DARIPADA EN. MUHAMMAD KHUMEINI BIN KAMAL, PENYELARAS DUN SERKAM UNTUK PUSAT DIGITAL KOMPUTER KEMAS PKM SERKAM SEMPENA PERTANDINGAN AKHIR INOVASI KOMPUTER PERINGKAT KEBANGSAAN
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Digital Komputer KEMAS PKM Serkam telah terpilih untuk ke peringkat seterusnya di dalam Pertandingan Inovasi Pusat Literasi Komputer KEMAS Tahun 2019. Lawatan ke kawasan akan dilakukan oleh panel penilai pada 19 September 2019 (Khamis / 2 pm). Kami warga kerja Pusat Digital Komputer KEMAS PKM Serkam dan Jabatan KEMAS Negeri Melaka ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang banyak membantu dan terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga terus berjaya, Sekian.
Jumaat, 13 September 2019
Aktiviti senamrobik di pagi Jumaat. Jangan jadikan alasan kesibukan kerja sebagai penghalang bagi kita untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat
Langgan:
Catatan (Atom)