Pusat Digital Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri
Melaka telah ditubuhkan pada 29 Februari 2019 dan beroperasi di Pusat kegiatan
Masyarakat (PKM) KEMAS di Serkam Jasin, Melaka. Penubuhan Pusat Digital ini
bertujuan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat luar bandar tentang
pentingnya penggunaan komputer, di samping meningkatkan lagi pengetahuan
tentang IT dan teknologi.
Selain itu, perkhidmatan internet berkelajuan tinggi
juga disediakan bagi para pengunjung bagi memudahkan urusan mereka dalam
menyelesaikan urusan-urusan yang berkaitan.
Hub Digital ini juga, telah disediakan dengan
peralatan seperti komputer dan
pencetak serta dikendalikan oleh Pemaju Masyarakat Komputer yang berkemahiran
dan mempunyai Sijl Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK).
Diharapkan dengan penubuhan Pusat Digital ini dapat
memberi impak yang positif dalam membantu meningkatkan lagi pengetahuan dan
kemahiran masyarakat luar bandar dalam penggunaan teknologi dan IT.
0 ulasan:
Catat Ulasan